title.jpg

Maklumat Agensi

Home
Maklumat Agensi
Plan Takaful Pendidikan-TN Sarjana
Fakta-fakta penting tentang Takaful dan Insuran
Total Financial Planning (TFP)
Plan Takaful Keluarga -TN Mesra
Plan Takaful AM - Perniagaan/Rumah/Kenderaan
Hubungi Kami

Sedikit maklumat tentang Syarikat Takaful Nasional keseluruhannya serta maklumat tentang Agensi Anisya Insuran.

Sejarah Syarikat Induk
 
Takaful Nasional Sdn Bhd (TN) dahulunya dikenali sebagai MNI Takaful ditubuhkan pada 7 Jun 1993.Syarikat ini adalah hasil persepakatan erat di antara Permodalan Nasional Bhd (PNB), melalui Malaysia National Insurance Bhd (MNI dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dengan objektif yang jelas iaitu menyediakan perlindungan yang diredhai Syarak kepada masyarakat umum daripada sebarang risiko.
 
MNI Takaful bermula dengan modal dibenarkan sebanyak RM50 juta dan modal berbayar sebanyak RM25 juta.Berdasarkan prestasi dan sokonan perniagaan yang kuat, maka pada tahun 1999, modal berbayar telah ditingkatkan kepada RM35 juta untuk menambah daya saing syarikat.Kini modal berbayar ialah RM60 juta.Modal dibenarkan telah ditingkatkan kepada RM500 juta.
 
Pada 8 Disember 1998, MNI Takaful telah menempa  satu lagi sejarah di mana ianya telah menyempurnakan imejnya sebagai persediaan melangkah ke abad 21.Pada tarikh tersebut, MNI Takaful telah bertukar nama kepada Takaful Nasional Sdn Bhd (TN).Nama baru ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Permodalan Nasional Bhd iaitu Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid.

---

Falsafah Perniagaan Takaful

Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain.Oleh yang demikian sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan semangat tabarru' (derma).
 
Selaras dengan semangat ini dan prinsip-prinsip saling bertanggungjawab, kerjasama dan perlindungan serta menepati sifat-sifat tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri juga dorongan tidak mengutamakan untuk mendapat keuntungan semata-mata, maka falsafah Takaful dapat disimpulkan kepada;
 
"Penghayatan semangat saling bertanggungjawab, kerjasama dan perlindungan di dalam aktiviti-aktiviti masyarakat demi kesejahteraan ummah dan perpaduan masyarakat".

Konsep Dana Takaful melalui AP(Akaun Peserta) dan AKP(Akaun Khas Peserta):

apakp.jpg

Our Staff

Berikut adalah Wakil Sah Takaful , Mr Azhar B Md Nayan (PAS21753).

2005_0706kendurijune050173.jpg

Agency Anisya Enterprise

Anda adalah pelawat  yang ke: